KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) lancar walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di beberapa kawasan setakat jam 9 pagi ini.
Ketua Operasi Lebuh Raya WCE, Ir Syed Muhd Naguib Syed Mohd memaklumkan, pihaknya menjangkakan peningkatan trafik bermula hari ini dan esok berikutan pengecualian bayaran tol pengguna kelas satu selama dua hari sempena Aidilfitri bermula hari ini dan esok
"Pihak kami menjangkakan peningkatan trafik menjelang tengahari dan petang ini, susulan pengguna lebuh raya akan menikmati pengecualian bayaran tol ini. bermula dan esok," katanya kepada Astro AWANI.
Sementara itu, setakat ini lebuh raya WCE merekodkan satu kemalangan ringan telah berlaku pada awal pagi tadi di KM 257.3 arah utara dari persimpangan Bruas ke persimpangan Terong.
Kemalangan ini melibatkan pelanggaran kecil antara dua buah kenderaan namun tiada kecederaan direkodkan.
Faida Rahim
Mon Apr 08 2024
Aliran trafik di Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) lancar walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di beberapa kawasan setakat jam 9 pagi ini. - Gambar fail Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Aliran trafik di WCE lancar, kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari
Peningkatan trafik juga dijangka bermula hari ini dan esok berikutan pengecualian bayaran tol pengguna kelas satu selama dua hari.
Rebat tol 20 peratus untuk pengguna kerap LDP ditamatkan
Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) akan menamatkan program LITRAK Frequent Travellers Program (LFTP) berkuat kuasa 1 April depan.
Plaza tol Jambatan Pulau Pinang aktifkan ujian bayaran tol melalui kad debit, kredit
Pengguna kini boleh melakukan transaksi menggunakan kad debit dan kad kredit bank sebagai alternatif kepada Touch n Go dan RFID.
Bayar tol guna kad debit, kredit di 12 lebuh raya bermula September - Alexander
Pengguna boleh membayar tol menggunakan kad debit, kredit bermula September, berikutan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka akan dilaksana di 12 lebuhraya secara berperingkat.
12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi
Kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lepas.
Tol percuma dua hari kurangkan kesesakan, jimat perbelanjaan - Penggguna
Pengecualian bayaran tol pada 20 dan 21 Jan ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina dapat menjimatkan kos perjalanan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tol.
Atasi kesesakan, ini senarai plaza tol tambah lorong RFID bermula April 2023
Sebanyak 12 lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan ditambah selewat-lewatnya pertengahan April 2023 bagi menangani masalah kesesakan di plaza tol.
Dua maut, dua cedera kereta terbabas di plaza tol
Pihak BBP Iskandar Puteri menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 4.36 pagi.
Lebuhraya DASH: Pengguna teruja, harap harga tol dikenakan berpatutan
Ramai bersetuju DASH yang dibuka bermula 12.01 tengah malam Jumaat lepas menyingkatkan masa perjalanan dari beberapa lokasi.